Categories
tutorials

Mee Goreng Express

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Minyak masak BESS
  • 50gram dada ayam
  • 10gram bawang putih
  • 10gram bawang merah
  • 10gram lada merah
  • 10gram lobak
  • 200gram mee kuning
  • 5gram garam
  • 5gram serbuk lada putih
  • 5gram cukup rasa
  • 1 sudu sos cili
  • 2 sudu kicap pekat manis
  • 20 Gram sayur sawi

Cara cara

  1. Masukkan sedikit minyak masak BESS ke dalam kuali dan panaskan.
  2. Masukkan ayam dan goreng sehingga garing.
  3. Masukkan bawang putih, bawang merah, lada merah, lobak dan gaul.
  4. Goreng bahan-bahan tersebut sekejap.
  5. Masukkan mee kuning dan gaulkan.
  6. Campurkan garam, lada putih, cukup rasa, sos cili, kicap pekat manis dan sayur sawi.
  7. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati dan masukkan sedikit air. Goreng sehingga masak.
  8. Sedia dihidangkan.
Categories
tutorials

Cucur Ikan Bilis

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 biji bawang merah
  • 30g ikan bilis
  • 10g garam
  • 2 cawan air suam
  • 2 cawan tepung gandum
  • ¼ bawang besar

Cara cara

  1. Hiris bawang merah dan bawang besar.
  2. Masukkan tepung, hirisan bawang, ikan bilis dan garam.
  3. Masukkan air suam kedalam mangkuk yg berisi bahan-bahan tersebut.
  4. Kemudian gaul hingga sebati, tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Sekiranya bahan tersebut terlalu cair tambahkan sedikit lagi tepung.
  5. Panaskan minyak masak BESS selama 10 minit dengan api yg sederhana.
  6. Setelah minyak panas, masukkan bancuhan tepung tersebut satu persatu mengikut sukatan sendiri.
  7. Goreng cucur ikan bilis sehingga berwarna keemasan.
  8. Akhir sekali angkat cucur tersebut dgn menggunakan saringan dan sedia dihidangkan. Pastikan anda menggunakan minyak masak BESS untuk mendapatkan hasil yang sedap dan menyelerakan. 😊
Categories
tutorials

Ayam Goreng Merah

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Sayap ayam 5 ketul
  • 100 gram tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (5 gram)
  • 2 sudu kecil lada sulah (10 gram)
  • 2 sudu kecil gula (10 gram)
  • 1 1/2 sudu kecil garam (15 gram)
  • 2 sudu kecil serbuk lada merah (10 gram)
  • 2 sudu kecil serbuk kari (10 gram)
  • 1 biji telur
  • Air 90 gram
  • Minyak masak BESS 🤩

Cara cara

  1. Masukan kesemua bahan kering ke dalam mangkuk besar,gaul terlebih dahulu dan kemudian masukan telur dan gaul lagi.
  2. Apabila kesemua bahan-bahan tersebut telah digaul,masukan air yang telah ditimbang dan kacau sehingga tepung tersebut sehingga sebati.Sekiranya tepung bancuhan tersebut terlalu pekat,tambahkan lagi sedikit air sehingga sedikit cair.
  3. Masukan minyak Bess Oil ke dalam kuali,hidupkan api dapur gas dan panaskan minyak sehingga 200 darjah celcius.
  4. Masukan ayam satu persatu ke dalam tepung bancuhan,gaul dan biarkan selama 5 saat untuk memastikan tepung bancuhan menyaluti keseluruhan sayap ayam.
  5. Angkat sayap ayam dan terus masukan ke dalam kuali yg berisi minyak panas.Masak sayap ayam sehingga berwarna keemasan atau selama 10 minit atau lebih mengikut saiz ayam.
  6. Gunakan sauk agar lebih mudah mengangkat ayam dan toskan sayap ayam tersebut sehingga minyak kering dan sedia dihidangkan.
Categories
tutorials

Nasi Goreng Cili Api

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • ¼ bawang besar
  • 3 biji lada Thailand
  • 2 batang kacang panjang
  • 20 gram ikan bilis
  • 1 mangkuk nasi putih
  • 5 gram secukup rasa
  • 5 gram garam
  • 5 gram gula
  • 5 gram lada sulah

Cara cara

  1. Hiris bawang merah, bawang putih, bawang besar, lada merah, lada thailand Dan kacang panjang.
  2. Campurkan kesemua bahan hirisan kecuali kacang panjang ke dalam batu lesung tumbuk sehingga lumat.
  3. Panaskan sedikit mnyak Bess oil selama 2-3 minit dgn api sederhana.
  4. Kemudian masukkan ikan bilis terlebih dahulu Dan goreng sehingga warna keemasan.
  5. Kemudian masukkan bahan yg di tumbuk kesemuanya ke dalam kuali dan tumis.
  6. Langkah seterusnya masukkan hirisan kacang panjang serta secukup rasa, garam dan gula.
  7. Kemudian masukkan semangkuk nasi dan gaul sehingga rasa sebati dan masak.
  8. Akhir sekali boleh lah di hidangkan.
Categories
tutorials

Pisang Goreng Nestum Rangup

Bahan

  • Pisang Sabah (1 sikat)
  • Tepung gandum 400 gram
  • Tepung jagung 30 gram
  • Tepung adabi 30 gram
  • Gula 30 gram
  • Pewarna oren 5 gram (option/pilhan)
  • Garam 10 gram
  • Air 1 cawan
  • Nestum 300 gram
  • Minyak masak bess

Cara cara

  1. Masukan kesemua bahan kering dalam satu mangkuk besar terlebih dahulu.Kemudian masuk secawan air dan gaul.sekiranya terlampau pekat,tambah air sedikit dan gaul sehingga sebati.
  2. Masuk minyak Bess kedalam kuali.panaskan minyak Bess selama 10 minit sehingga 180 celcius dengan api sederhana.
  3. Potong pisang belah dua dan masukan kedalam bancuhan tepung,kemudian angkat dan gaulkan kedalam nestum.
  4. Angkat pisang yang telah disaluti nestum dengan menggunakan penyepit dan terus masukan kedalam minyak bess yang telah dipanaskan.
  5. Goreng pisang sehingga berwarna keemasan dan garing,angkat dan toskan minyak dan biarkan selama seminit.kemudian letakan kedalam piring dan sedia untuk dimakan.