Bahan-bahan yang diperlukan:
- Sayap ayam 5 ketul
- 100 gram tepung jagung
- 1 sudu kecil serbuk kunyit (5 gram)
- 2 sudu kecil lada sulah (10 gram)
- 2 sudu kecil gula (10 gram)
- 1 1/2 sudu kecil garam (15 gram)
- 2 sudu kecil serbuk lada merah (10 gram)
- 2 sudu kecil serbuk kari (10 gram)
- 1 biji telur
- Air 90 gram
- Minyak masak BESS 🤩
Cara cara
- Masukan kesemua bahan kering ke dalam mangkuk besar,gaul terlebih dahulu dan kemudian masukan telur dan gaul lagi.
- Apabila kesemua bahan-bahan tersebut telah digaul,masukan air yang telah ditimbang dan kacau sehingga tepung tersebut sehingga sebati.Sekiranya tepung bancuhan tersebut terlalu pekat,tambahkan lagi sedikit air sehingga sedikit cair.
- Masukan minyak Bess Oil ke dalam kuali,hidupkan api dapur gas dan panaskan minyak sehingga 200 darjah celcius.
- Masukan ayam satu persatu ke dalam tepung bancuhan,gaul dan biarkan selama 5 saat untuk memastikan tepung bancuhan menyaluti keseluruhan sayap ayam.
- Angkat sayap ayam dan terus masukan ke dalam kuali yg berisi minyak panas.Masak sayap ayam sehingga berwarna keemasan atau selama 10 minit atau lebih mengikut saiz ayam.
- Gunakan sauk agar lebih mudah mengangkat ayam dan toskan sayap ayam tersebut sehingga minyak kering dan sedia dihidangkan.